Apasal Samy telefon Parthiban marah-marah?
April 3, 2010 – 9:34 pmSoal pilih calon bertanding di Parlimen Hulu Selangor, sebenarnya boleh selesai dengan mudah.
Masalahnya, kenapa Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu tidak mahu mengalah pada tuntutan pengundi-pengundi di kawasan itu yang mahu wakil UMNO bertanding pada 25 April ini.
Soalan itulah yang banyak disembangkan oleh masyarakat setempat apabila ditinjau pendapat mereka sama ada mereka mahu wakil MIC atau UMNO jadi wakil rakyat tempat mengadu masalah.
Apabila Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terbuka mengakui wujud budaya ‘cah keting’ atau cantas mencantas sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti itu, mungkin ada yang geleng kepala.Maklumlah, sebelum ini budaya itu kerap dikaitkan dengan UMNO tetapi bila Nik Aziz mula berdoa khusus memohon perlindungan Allah supaya menjauhkan amalan itu, tindakan Menteri Besar Kelantan itu sekaligus mengesahkan perbuatan itu wujud juga dalam PAS.


