Arak dan babi boleh tapi PAS tolak judi…
May 27, 2010 – 8:46 amCERITA pasal kerajaan lulus lesen judi bola Piala Dunia betul-betul buat PAS nampak macam hero.
Habis semua pihak termasuk istana, mufti dan jabatan agama didesak pemiumpin-pemimpin parti berlabel Islam itu supaya campur tangan atau nyatakan pendirian ekoran keputusan kerajaan itu.
Baik Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan masing-masing sibuk cari idea nak tunjukkan PAS berjuang habis-habisan membantah pemberian lessen itu.
Hairan juga fikirkan kenapa PAS tiba-tiba nak jadi hero bantah lessen judi sedangkan isu arak di Selangor mereka ‘lembik’ kena main dengan DAP.
Kalau kaji balik, memang itulah politik PAS. Ada yang halal dan haram semata-mata jika beri kebaikan kepada parti itu.
Inilah sikap ‘double standard’ yang sudah menular dalam PAS.
Jika sebelum ini, PAS berjanji belum sempat ayam berkokok pada subuh keesokkan harinya selepas diisytiharkan sebagai pemerintah di negeri yang mereka menang, parti itu nak laksana hukum hudud.
Maknanya juga, PAS di Selangor, Kedah dan Kelantan kena tunai janji tetapi hingga kini entah berapa ribu ayam berkokok, PAS sudah lupa janji-janjinya.
Mungkin dalam isu arak dan babi, PAS beri alasan itu minuman dan makanan ‘rasmi’ masyarakat Cina.
Sebab itu kena ternak babi banyak-banyak di Selangor dan biarkan kilang arak terus beroperasi di negeri itu.
PAS buat-buat tak ingat pasal jadi kerana judi juga budaya masyarakat Cina dan kerana itu kerajaan lulus lesen judi dan arak.
Bagi orang Islam, kedua-dua itu adalah haram.
Maka tidak perlulah pemimpin-pemimpin PAS terus berkokok pasal lessen judi bola yang diluluskan.
Kalau betul-betul PAS jujur dan ikhlas nak hapuskan judi, desaklah supaya lessen judi tikam ekor dibatalkan sama.
Tidak ada beza judi bola dengan tikam ekor.
Peliknya PAS tak sebutpun perkara ini senaliknya kecoh pasal judi bola sahaja.
Apakah Mahfuz, Khalid dan Nasruddin tidak tahu dengan hasil cukai judi dan arak inilah kerajaan dapat kumpul dana dan diberikan kepada rumah-rumah ibadat dan kuil?
Di Selangor dulupun, kerajaan Barisan Nasional asingkan hasil cukai judi dan arak untuk diberikan kepada kuil-kuil dan tokong.
Lagipun, tujuan kerajaan keluarkan lessen judi bola kerana tahu pasti ramai kaki judi terbabit pertaruhan haram setiap kali ada Piala Dunia.
Kerajaan sudah jelaskan tujuan itu tetapi telinga pemimpin-pemimpin PAS ini sudah tertutup begitu juga dengan sebnelah mata mereka.
Hairan juga DAP dan PKR senyap dalam isu ini.
Nampaknya sangat PAS terus diperkudakan dan nampak sangat PAS cuba alih isu RM4 juta yang dibangkitkan Syed Azidi atau blogger Kickdefella.
PAS kini sedang berdepan musim suramnya kerana kepercayaan ahli-ahlinya semakin merosot dan jika langit tidak selalunya cerah, bulan juga tak selalu mengambang. -27/5/2010



