Keluar parti: Isyarat jelas makin ramai kecewa dengan PKR…
April 15, 2010 – 11:03 pmTINDAKAN Adun Bakar Arang Kedah Tan Wei Shu keluar PKR dan jadi wakil rakyat bebas perlu jadi isyarat kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor bahawa semakin ramai hilang kepercayaan kepada parti itu.
Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semakin ramai pemimpin parti itu hilang keyakinan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada di peringkat parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri.
Setakat ini lapan wakil rakyat PKR masing-masing empat ahli parlimen dan Adun keluart parti itu yang menjadi wakil rakyat Bebas.
Tan dalam sidang media ketika umum keluart PKR dakwa diperalat oleh pemimpin tertentu parti itu.
Menurut Muhyiddin, pada peringkat awalnya mereka amat yakin dan terpengaruh dengan Anwar.
“Mereka ini mungkin terpengaruh kata-kata Anwar yang hebat-hebat. Selepas dua tahun (sejak pilihanraya umum) mereka sudah dapat nilai siapa Anwar dan PKR. Kini dan jelas terbukti mereka akhirnya kecewa. Masanya pun memang tepat dan beri isyarat pada pengundi di sini ,” ujar Muhyiddin yang anggap tindakan keluar parti itu pada hari pengumuman caloln BN satu kes amat klasik.
Katanya, mereka yang sudah keluar parti itu anggap perjuangan PKR adalah sia-sia selain tidak diberikan layanan saksama dan sewajarnya.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian pada sidang media selepas majlis pengumuman calon BN PRK Hulu Selangor di Command Centre BN di Bukit Beruntong, petang Khamis.
Ditanya ketidakhadiran Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel di majlis itu, Muhyiddin percaya bekas ahli parlimen Hulu Selangor selama empat penggal ada sedikit kecewa kerana tidak dicalonkan.
“Mungkin beliau ada tugas-tugas lain atau mungkin rasa ada sedikit kecewa. Ini biasalah manusia…kalau saudara-saudara (media) pun mungkinada perasaan begitu tetapi saya percaya ini beberapa ketika sahaja,” ujarnya.
Bagaimanapun, Muhyhiddin yakin Palanivel akan bersama-sama berkempen untuk Kamalanathan yang juga tidak asing dalam MIC kerana tugasnya sebagai Ketua Penenrangan.
Dalam pada itu, beliau menolak dakwaan Datuk Zaid Ibrahim adalah calon heavy weight PKR sebaliknya paling rengan kerana Zaid bukan seorang yang dianggap Muhyiddin, bukan baik sangat.
Katanya, pembangkang hanya guna psikologi kononnya Zaid lebih berwibawa.-15/4/2010



