Khalid sibuk berkempen ketika Mesyuarat Raja-Raja
August 1, 2009 – 1:30 amTINDAKAN Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang ’sibuk’ berkempen sepanjang berada di Sarawak sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-218 dikesali kerana seolah-olah tidak menghormati acara berkenaan.
Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, Abdul Khalid bukan sahaja tidak menghadiri kebanyakan acara yang diatur sepanjang mesyuarat sebaliknya mengadakan aktiviti berkempen di negeri itu.
Menurutnya, perbuatan Abdul Khalid itu seolah-olah tidak beradab mengambil kira Majlis Mesyuarat Raja-Raja berkenaan dipengerusikan sendiri oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
”Menteri besar itu tidak hadir dalam acara-acara yang dijadualkan kecuali pada malam terakhir. Beliau lebih banyak menggunakan masa semasa berada di sini untuk berkempen dan berpolitik, membawa agenda parti.
”Jika ingin berkempen perlu tengok masa sesuai seperti ketika pilihan raya dan bukannya pada masa ini, malah mungkin baginda (Sultan Selangor) tidak senang hati dengan apa yang berlaku,” katanya kepada pemberita di Kuching, Jumaat.
Beliau mengulas sikap Menteri Besar Selangor yang berkempen ketika berada di Sarawak sedangkan beliau sepatutnya menghadiri acara-acara yang dijadualkan sepanjang Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-218 di bandar raya ini.
Abdyl Khalid dalam kempen menjanjikan bekalan air percuma kepada rakyat Sarawak seperti di Selangor jika menang pada pilihan raya akan dating.sama seperti pernah dilaung-laungkan ketika pihak pembangkang berkempen pada pilihan raya kecil di Batang Air.



