Kegagalan PKFZ tiada kaitan kerajaan terdahulu - Dr Khir

May 30, 2009 – 12:46 am

MANTAN Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menjelaskan, kerajaan negeri ketikanya tidak terbabit secara langsung dengan urusan jual beli tanah serta kegagalan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Beliau bagaimanapun mengakui terbabit diperingkat awal cadangan itu melalui hubungan dengan Putera Mohamad dari Dubai selepas melihat kejayaan pelabuhan zon bebas Jeber Ali di negara itu.

Menurutnya, pengambilan tanah dan penjualan tanah untuk tapak PKFZ tiada kaitan secara langsung dengan kerajaan negeri.

 

Malah kata beliau, isu berkenaan tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat EXCO ketika itu sebaliknya dibuat terus melalui Unit Perancangan Ekonomi..

Mengulas isu itu dan pembabitan bekas EXCO, Datuk Abdul Rahman Palil, beliau menjelaskan, tanah asal tapak PKFZ adalah milik Koperasi Pembangunan Pulau Lumut yang dipengerusikan Abdul Rahman yang juga ADUN Sementa. 

Dr Mohamad Khir berkata, kerajaan negeri memberikan tanah itu kepada koperasi berkenaan antara 1995 dan 1997 dan pihak itu kemudiaanya mengadakan kerjasama membangunkan tanah itu dengan Kumpulan Dimensi Sdn Bhd (KDSB).

Beliau berkata, tanah seluas 404 hektar itu diambil mengikut Seksyen 3(1)(b) Kanun Tanah Negara yang membolehkan tanah itu diambil untuk perniagaan.

Katanya, KDSB menjual tanah itu kepada Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) untuk dijadikan tapak PKFZ pada harga RM25 sekaki persegi.

Ianya mengambil kira kos pembangunan asas seperti menambak tanah, membina perparitan, jalan, jambatan, paip dan bekalan air yang sudah dilaksanakan.

Mengenai kegagalan projek itu, Dr Mohamad Khir berkata, punca utama apabila Jeber Ali menarik diri dan PKFZ gagal menarik ramai pelabur  menjadikan kawasan itu hab serantau bagi eksport dan pindah kapal barangan pekilangan membabitkan kos RM1.85 bilion.

Katanya, projek itu tidak akan jadi gajah putih jika diurus dengan baik termasuk mencari pelabur utama selepas Jeber Ali menarik diri.

PKFZ mula mencetuskan kontorversi selepas kerajaan mengarahkan siasatan penuh terhadap projek PKFZ kerana dakwaan wujud penyelewengan dalam pelaksanaannya yang bernilai RM4.6 bilion.-29/5/2009

 

  1. 2 Responses to “Kegagalan PKFZ tiada kaitan kerajaan terdahulu - Dr Khir”

  2. Datuk Seri,

    Ini-kah cara kerajaan beroperasi dimana tanah diberi atas nama Koperasi dan seterusnya berkerjasam dengan syarikat swasta. Apakah hasil keuntungan pergi pada ahli ahli koperasi.
    In short, you scarath my back and I scrath your back.

    Betul-kah kos pembangunan asas seperti menambak tanah, membina perparitan, jalan, jambatan, paip dan bekalan air memakan dengan harga yang tak munasabah.

    YB Lim Guan Eng keluarkan kenyataan diUtusan pada Haji Hadi hari ini, cakaplah benar pada Dap dan kerna “GOD” (dia kata) akan menyoal diakhirat.

    Saya MALU MALU MALU.

    By Razman Yahaya on Jun 8, 2009

  3. Ini semua sumpah dari penyapu

    By kay on Nov 7, 2009

Post a Comment