Aduan salah guna kuasa pegawai tertinggi GLC
May 5, 2009 – 12:41 amGERAKAN Anti Rasuah Malaysia (GERAK), Isnin membawa dua saksi daripada sebuah anak syarikat kerajaan negeri Selangor membuat aduan rasuah salah guna kuasa membabitkan pegawai tertinggi GLC terbabit.Mereka menyerahkan dokumen berkaitan salah guna kuasa pegawai terbabit serta maklumat penggunakan wang lebih RM25,000 yang ada kaitan dengan salah laku tersebut.
Pengerusi GERAK, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, selain pegawai tertinggi itu, sekurang-kurangnya lapan hingga 10 orang lagi terbabit dalam kes itu yang dikesan sejak Februari lalu.
Beliau bagaimanapun tidak menamakan GLC terbabit kerana khuatir menganggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sebelum ini, GERAK turut membuat aduan salah guna kuasa membabitkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kes lembu korban dan penyelenggaraan kenderaan peribadi milik Khalid.
Ekoran laporannya kepada SPRM, Khalid sudah memfailkan saman terhadap Mohd Nazree tetapi belum ada sebarang tindakan mahkamah berhubung kedua-dua kes itu. 5/4/2009




One Response to “Aduan salah guna kuasa pegawai tertinggi GLC”
rasuah oh rasuah..
best juga jadi pegawai kerajaan atau pun glc ni..
boleh pitih beratus ribu..kadang-kadang berjuta..
saya nak jadi pegawai kerajaan / GLC boleh tak?
By pakcik on May 5, 2009