PAS tak sanggup lagi tidur sebantal dengan PKR dan DAP?

November 23, 2008 – 9:16 am

ADA pihak dalam PAS Selangor menyatakan parti itu sedang memperincikan hubungan mereka dalam Pakatan Rakyat di negeri tersebut.

Malah, lebih mengemparkan ada kemungkinan PAS Selangor yang diterajui Datuk Dr Hasan Mohd Ali dikatakan akan mohon perkenan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ini bertujuan meminta nasihat baginda setelah PAS mendapati mereka terus terpinggir dalam kerajaan yang turut diwakili PKR dan DAP.

Antara sebabnya kerana ada tindak tanduk pemimpin parti itu seolah-olah menidakkan kepentingan masyarat Melayu dan agama Islam sejak mentadbir Selangor selepas pilihan raya umum lalu.

Beberapa isu yang diketahui umum sudahpun sampai ke pengetahuan Sultan Selangor menerusi memorandum pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam yang khuatir kepentingan Islam diabaikan.

Menurut seorang pemimpin PAS yang rapat dengan Dr.Hasan, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Agama sudah jarang hadir mesyuarat minggu Exco.

Dalam pada itu, hampir semua Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah brjumpa beliau menyatakan kegusaran menjalankan tugas di bawah arahan exco tertentu yang tidak mengikut prosedur mahupun pekeliling.

Rasa tidak puashati PAS negeri bukan perkara baru malah pemimpin dan ahli-ahli PAS Selangor cukup kecewa kerana dengan lapan kerusi sahaja dalam Dewan Undangan Negeri, mereka dilihat kecil perbanding PKR (15) dan DAP (13).

Cerita bagaimanapun PAS hanya disuruh menjaga parkir dan memasang poster ketika sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor masih belum dapat dilupakan ahli-ahli PAS.

Begitu juga dengan cerita-cerita bahawa peranan PAS terlalu kecil dalam membantu Pakatan Rakyat menang pada pilihan raya lalu.

Mungkin banyak lagi perkara yang mendorong rasa tidak puashati pimpinan dan ahli-ahli PAS di Selangor dan ianya terus membengkak dan bernanah yang menanti pecah.

Memang wajar jika Dr Hasan melenting kerana walaupun bergelar exco bagi perkara dikatakan dibuat tanpa kesepakatan termasuk tindakan mengantung tugas Setiausaha MPAJ ekoran isu meroboh kuil di Ampang.

Dalam PKR pula, seperti sudah ada suara-suara mempertikai kewibawaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan ada cadangan menggantikan beliau dengan ADUN Hulu Klang, Azmin Ali.

Sepatutnya Azmin dilantik sebagai Menteri Besar sebelum ini tetapi kerana ada kemungkinan ingin menempatkan beliau sebagai menteri pusat jika pelan 16 September berjaya.

Bagaimanapun, selepas cadangan dan dita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih Putrajaya melalui pintu belakang gagal, cerita Azmin bakal menteri besar Selangor muncul semula.

Kini terpulang kepada kebijaksanaan PAS menentukan hala tuju mereka dalam Pakatan Rakyat di Selangor.

Walaupun di peringkat Pusat hubungan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dengan Anwar rapat tetapi Hadi tidak boleh mementingkan dirinya sahaja sedangkan PAS Selangor sudah sarat penderitaan kerana tidak lagi mampu tidur sebantal dengan PKR dan DAP.

Terlalu banyak mimpi ngeri yang mereka alami sekarang.

  1. 4 Responses to “PAS tak sanggup lagi tidur sebantal dengan PKR dan DAP?”

  2. Sdr,Saya lebih tertarik dengan frasa di bawah…..

    Begitu juga dengan cerita-cerita bahawa peranan PAS terlalu kecil dalam membantu Pakatan Rakyat menang pada pilihan raya lalu.

    Ini betul berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi oleh PAS.

    Ular lidi tak dapat menelan ular sawa w/pun berbisa….namun saya melihat sekarang ini ular lidi perlahan-lahan di telan oleh ular sawa…..

    Wahai ular lidi, patuklah,keluarlan bisa itu, lari cepat-cepat sebelum ular sawa menelan keseluruhan badan….

    By adibeta on Nov 24, 2008

  3. Pas tak akan bersekongkong dengan UMNO. UMNO ni macam api. kecil jadi kawan, besar jd lawan. dulu PAS pernah menyertai BN, tapi UMNO telah mengkhianati denagn menikam dari belakang. masa susah jadi kawan, masa senang, senang tolak tepi.

    By syah on Feb 16, 2009

  4. Kenapa la pihak kerajaan ni suka sangat tengok orang bertelagah sesama sendiri. Busuk hati betul. Padahal perpecahan sesama sendiri pun belum setel lg,nk sibuk hal orang. Sedarlah sket..

    By Farhana on Sep 15, 2009

  1. 1 Trackback(s)

  2. Nov 25, 2008: Selangor: PAS+UMNO=28, DAP+PKR=28 | Jed Yoong

Post a Comment