Archive for July, 2008

Kertas siasatan kutipan 100 hari PR ke pejabat pendakwaan

Thursday, July 31st, 2008

KERTAS siasatan lengkap mengenai dakwaan penyalahgunaan kuasa kutipan sumbangan sempena sambutan 100 hari kerajaan campuran Pakatan Rakyat di Selangor sudah dihantar ke Pejabat Pendakwaan Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk diputuskan. Pengarah BPR Selangor, Ja'afar Mahad berkata, siasatan pihaknya sudah lama selesai dan kertas siasatannya telah pun dihantar ke Putrajaya sejak dua ...

Datuk Mufti Shuib meninggal dunia

Tuesday, July 29th, 2008

BEKAS Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Mufti Shuib meninggal dunia kerana sakit tua di kediamannya di Kampung Melayu Ampang, kira-kira jam 6 petang, Selasa. Mufti, 68 tahun menjadi Ketua UMNO Bahagian berkenaan sejak 1986 hingga 2008. Beliau melepaskan jawatan berkenaan seminggu selepas pilihan raya umum ke 12, Mac lalu. Allahyarham pernah menjadi wakil ...

Mengapa MB mengalah dengan penduduk Sg. Terentang

Sunday, July 27th, 2008

HEBAT dan bertuah sungguh penduduk Kampung Sungai Terentang, Rawang kerana mereka berjaya menangguhkan pelaksanaan Projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) yang merentasi kampung berkenaan sejak setahun lalu. Bantahan mereka bukan sahaja menyulitkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana projek itu sudah 98 peratus siap tetapi kerajaan negeri Selangor diheret sama selepas gagal ...

Bermuzakarah jika ada perselisihan - Sultan Sharafuddin

Saturday, July 26th, 2008

Sultan Sharafuddin, Khalid,Hassan serta Mohamad Khusrin (kanan sekali) mengaminkan doa sempena perasmian Masjid Al-Amin, Markas Birged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras, Jumaat. OLEH ROSLAN BIAN SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, terus mengingatkan umat Islam agar tidak berpecah-belah disebabkan perbezaan fahaman politik dan bermuzakarah jika ada perselisihan pendapat. Insitusi masjid pula ...

Abdullah akui Umno - PAS di Selangor pernah berbincang

Saturday, July 26th, 2008

DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jumaat mengakui Umno pernah menawarkan syor perkongsian kuasa dengan PAS di Selangor selepas keputusan pilihan raya umum ke-12 diumumkan 8 Mac lalu. Presiden Umno itu berkata di PUTRAJAYA, pihaknya berbuat demikian memandangkan Umno mempunyai hak untuk berunding dengan mana-mana parti bagi membentuk kerajaan. Ketika ditanya sama ada pegawai-pegawai PAS pernah ditawarkan ...

Kekal guna Proton Perdana sedia ada, kata Khalid

Friday, July 25th, 2008

KEKAL guna kenderaan rasmi yang ada sekarang, begitu ditegaskan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika diminta mengulaskan cadangan anggota Exco, Ronnie Liu supaya kerajaan Selangor menggantikan Proton Perdana dengan Toyota Camry. “Kita masih guna kereta lama. Bila nak ganti baru kita buat keputusan,” kata Menteri Besar itu ketika ditemui selepas majlis ...