Cah Keting Khalid Samad: Ini jawaban Hasan Ali..

January 18, 2010 – 7:43 am

Apabila Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terbuka mengakui wujud budaya ‘cah keting’ atau cantas mencantas sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti itu, mungkin ada yang geleng kepala.Maklumlah, sebelum ini budaya itu kerap dikaitkan dengan UMNO tetapi bila Nik Aziz mula berdoa khusus memohon perlindungan Allah supaya menjauhkan amalan itu, tindakan Menteri Besar Kelantan itu sekaligus mengesahkan perbuatan itu wujud juga dalam PAS.

Pertelagahan isu kuil kerana Pakatan Rakyat gagal tunai janji

September 5, 2009 – 5:37 am

PRO pro dan kontra ‘demo kepala lembu’ oleh kumpulan yang membantah pemindahan kuil Sri Maha Mariaman ke Seksyen 23 Shah Alam, menyebabkan ramai pihak terlupa siapa sebenarnya bertanggungjawab sehingga isu itu tercetus.

Sebenarnya, kerajaan Selangor di bawah pentadbiran campuran PKR,DAP dan PAS yang patut dipersalahkan ekoran pertelagahan kumpulan penduduk serta pihak kuil dan segelintir masyarakat Hindu berhubung isu itu..

Isu arak: Hanya ribut dalam cawan pembangkang…

August 12, 2009 – 8:00 am

Rakyat Selangor beragama Islam boleh lupakan saja hasrat atau harapan untuk melihat PAS di negeri itu akan memperjuangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan agama dan masyarakat Islam.

Dulu isu anggota Exco Teresa Kok menegur suara azan. PAS Selangor mulanya bising-bisng juga tetapi akhirnya mengalah dan membisu.

Terbaru isu anggota Exco Ronnie Liu mengarahkan MBSA memulangkan semula arak yang dirampas pihak berkuasa tempatan itu kerana jual di tempat awam secara terbuka di kawasan mojoriti Melayu.

Khalid sibuk berkempen ketika Mesyuarat Raja-Raja

August 1, 2009 – 1:30 am

TINDAKAN Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang ’sibuk’ berkempen sepanjang berada di Sarawak sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-218 dikesali kerana seolah-olah tidak menghormati acara berkenaan.

Merungkai kematian misteri Teoh, terlalu awal salahkan SPRM

July 17, 2009 – 9:07 pm

BELUM ada perkembangan terbaru kes kematian Teo Beng Hock, pembantu khas kepada Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah yang mayatnya ditemui di bumbung tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketika polis dan SPRM sedang berusaha merungkai misteri kematian Teo, pembangkang seperti biasa memilih untuk menyalahkan pihak lain dan kali ini SPRM menjadi mangsa terbaru percaturan politik mereka.

Kegagalan PKFZ tiada kaitan kerajaan terdahulu - Dr Khir

May 30, 2009 – 12:46 am

MANTAN Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menjelaskan, kerajaan negeri ketikanya tidak terbabit secara langsung dengan urusan jual beli tanah serta kegagalan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Beliau bagaimanapun mengakui terbabit diperingkat awal cadangan itu melalui hubungan dengan Putera Mohamad dari Dubai selepas melihat kejayaan pelabuhan zon bebas Jeber Ali di negara itu.

Menurutnya, pengambilan tanah dan penjualan tanah untuk tapak PKFZ tiada kaitan secara langsung dengan kerajaan negeri.